Friday, July 25, 2008

The HaPP..PENING


KOLAM YANG MENJADI TUMPUAN MISTERI TOMPOKAN PUTIH
KAKI PANCING DAN PENJALA


IKAN YANG BERTABURAN MATI LAGI PENEMUAN YANG
MENGGEMPARKAN

Selama aku duduk di Kg xxxx xxxxx ni aku tidak pernah merasai nikmat memancing mahupum menikmati hasil tangkapan si pemancing. Minggu lepas selepas menonton rancangan yang berteraskan kehidupan pemancing di Negara Negara barat, terdetik di ulu perut dan pedal ku untuk menjadikan aktiviti memancing sebagai satu hobi. Dari situ bermula la angan angan ku untuk menjadi SI JAGGON KAKI PANCING! Aku sungguh bertuah kerana di dalam kawasan perumahan yang aku diami ini ada sebuah kolam sebesar padang bola sepak. Tatkala hujung minggu agak ramai penduduk kampung datang menjala mahupun menggunakan joran untuk medapatkan ikan di kolam itu.Namun bagiku, aku bukanya nak sangat ikan ikan tu. Aku ni tak der la gemar mana akan ikan sungai mahupun kolam ni. Kalu ikan kembong bin selayang tu aku makan la. Ikan tapah, toman baung, takut ah aku nak makan. Berbalik kepada cerita jagooan kaki pancing tadi, yang aku ingin kan hanyala kepuasan memancing.

Pada 16/07/2008 dalam pukul 5 petang, seperjalananya aku ke padang untuk bermain bola, ternampak aku 2 orang penduduk kampung diatas bot fiber di kolam tersebut, sungguh riang mereka berdua dari riak wajah yang terpampang pada muka dan nurani mereka berdua. Aku turut tumpang gembira. Namun gembira itu tidak dapat bertahan lebih dari 17 jam….

Keesokan harinya, Pukul 9.55 pg, dalam perjalanan ku ke OPIS kecil ku, aku telah terhalang olek kesibukan trafik, ada seekor biawak Besor, adalah besor mat black duduk di tengah jalan ingin menuju ke kolam tersebut. Aku telah membunyikan hon moto ku, tapi bewak tu wat dek jer, sambil menjelirkan lidahnyer yang bercabang 2,3 kali.. dalam hatiku berkata, cis berdebah bewak! Sungguh bercabang lidah mu! AKU rasa sangat geram dan ingin melanggar bewak itu, namun begitu, biawak itu menggigil ketakutan sehinnga terkencing di atas jalan, dengan sepantas kilat biawak itu berpusing 180 darjah, dan terus merangkak lari kearah hutan dengan kelajuan 40 km sejam. Aku dengan selambanya menjelirkan lidah ku 2,3 kali ke arak biawak yang ketakutan tadi. Aku rasa kemenangan di pihak ku, tapi tersentak aku dengan bauan yang amat busuk dari arah kolam. Aku tengok air kolam berwarna putih dan banyak tompokan berwarna putih bertaburan diatas air. Aku masih tidak mengesayaki ape ape ketika itu.

Petang itu, seorang kawan ku bernama KANCIL menurut panggilan penduduk kg kepadanye, datang ke umah ku untuk mengajak ku bermain bola. Ketika aku mencapai Kasut Topper Prescara KU, KANCIL mengajukan satu soalan kepada ku… “K-rule. Kolam kena racun ke? Ikan mati terapung kat kolam tu. Naper K-rule? Naper?! Naper?!!!! …” Terkejut aku mendengar soalan KANCIL itu. Kasut Topper Prescara aku terlepas dari genggaman tangan ku kerana terkejut dengan soalan itu. Aku terus menuju ke kolam, nescaya soalan KANCIL sememangnyer berasas. Bangkai Ikan bertaburan di dalam kolam, itulah rupanyer tompakan putih yang aku Nampak pagi tadi.

Kepada pembaca sekalian akan ku cuba dapatkan punca akan kematian ikan ikan tersebut. Adakah ini satu GENOSIDE (Pembunuhan beramai ramai) oleh Karadzic penjenayah perang Balkan ataupun SUICIDE beramai ramai oleh ikan ikan tersebut… Hasil siasatan akan di postingkan kendian… Segala kebenaran akan terjawab...

Sepandai pandai tupai melompat,
Akhirnya Pasti ada orang asli sumpit tupai itu!!!
Salam!!

1 comment:

Unknown said...

mung ni ada bakat la jd penulih.. silap2 kaloh j.k.rolwling.. hahaha.. lawak sungguh ayat2 mung itu.. tp penggunaan frosa kata mmg tepat dan semua imbuhan dlm ayat menepati citarasa terkini.. syabass betty.. syabass..